PTPTN
Permohonan Secara Online
Cara memohon pembiayaan pendidikan adalah seperti berikut :
- Pemohon hendaklah memohon pembiayaan pendidikan secara dalam talian (online) melalui Laman Web Permohonan Pembiayaan Online di alamat http://www.ptptn.gov.my.
- Pemohon hanya dibenarkan memohon berpandukan tarikh yang telah ditetapkan mengikut IPT masing-masing. Panduan tarikh untuk membuat permohonan mengikut IPT berkaitan boleh dirujuk di dalam Laman Web PTPTN (http://www.ptptn.gov.my).
- Pemohon perlu membeli No PIN bernilai RM 5.00 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional melalui 3 saluran dibawah sebelum membuat pendaftaran kali pertama permohonan pembiayaan pendidikan iaitu:-
- Kaunter
- Mesin Teller Automatik ( ATM )
- Mesin Deposit Tunai ( CDM )
No PIN hanya sah 6 bulan selepas tarikh daftar permohonan( Pendaftaran Kali Pertama )
- Pemohon hendaklah mendapat tawaran kemasukan ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan.
- Pemohon perlu mempunyai nombor akaun individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing kecuali kepada pemohon yang mengikuti pengajian di IPT yang memberi kemudahan pra-pembukaan akaun bank untuk pelajarnya.
- Bagi pemohon yang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana/PhD (Sepenuh Masa) di bawah pembiayaan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (Bajet Mini) dari Kementerian Pengajian Tinggi, pemohon hendaklah memilih nama kursus pengajian yang bermula dengan perkataan “Bajet Mini” di Butiran Nama Program/Kursus
- Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pembiayaan PTPTN di Laman Web Permohonan Pembiayaan Online bermula hari ke - 6 (hari bekerja) selepas tarikh tutup permohonan online yang telah ditetapkan oleh PTPTN.
- Pemohon yang berjaya ditawarkan pembiayaan PTPTN perlu melayari Laman Web Permohonan Pembiayaan Online untuk mencetak dokumen yang disenaraikan.
- Pastikan komputer anda mempunyai program ‘Adobe Acrobat Reader’ untuk tujuan cetakan dokumen. Program tersebut boleh dimuat turun daripada laman webhttp://www.adobe.com/products/acrobat/. Sila klik pada ikon ‘Get ADOBE READER’ dan ‘Install’ di komputer anda.
- Dokumen yang tersenarai dibawah hendaklah dicetak dengan menggunakan kertas berwarna putih yang bersaiz A4 (80 gsm). Cetakan hanya dibenarkan pada satu muka sahaja untuk setiap helaian ( bagi satu-satu muka surat ). Dakwat cetakan hendaklah berwarna hitam.
- Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan (beserta Akuan Penerimaan, Surat Kebenaran 1, 2, 3 dan 4). Sila lengkapkan dan tandatangan kedua-dua set dokumen berkenaan **.
- Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Sila lengkapkan dan tandatangan kedua-dua set dokumen berkenaan **.
- Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Pelajardikehendaki untuk ditandatangan ringkas di setiap muka surat pada ruangan yang disediakan di bahagian bawah dokumen berkenaan**;
- Sediakan2 keping setem hasil yang bernilai RM10.00 setiap satu Dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan yang telah disempurnakan, hendaklah dilekatkan dengan setem hasil bernilai RM10.00 di sudut atas kanan pada muka depan setiap set dokumen perjanjian. (RUJUK LAMPIRAN A PADA DOKUMEN PERJANJIAN PEMBIAYAAN )
Nota**
Setiap set dokumen yang dilengkapkan adalah untuk tujuan simpanan dan rujukan Penerima Biaya dan PTPTN.
Penerima biaya juga perlu mengemukakan bersama SATU (1) SALINAN dokumen sokongan yang telah DISAHKAN / DITANDATANGANI seperti berikut:
- Maklumat Permohonan Pembiayaan yang boleh dicetak di butang CETAK MAKLUMAT di dalam laman Web Permohonan Online yang telah didaftarkan sebelum ini. - dokumen ini tidak perlu disahkan.
- Salinan Kad Pengenalan Penerima Biaya. Salinan fotokopi muka hadapan dan belakang kad pengenalan tersebut perlu dilakukan pada muka surat yang sama.
- Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV). Slip transkrip keputusan peperiksaan SPM / SPMV hanya sah untuk digunakan sekiranya tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil.
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT. Surat tawaran yang diperolehi melalui cetakan internet / portal IPT perlu disahkan oleh Pegawai Kumpulan A daripada IPT pelajar berkenaan sahaja.
- Salinan Buku akaun (muka surat yang tercatat nombor akaun) / Slip Deposit Bank / Pengesahan nombor akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT. Dokumen ini hanya perlu disediakan sekiranya berlaku kesilapan no akaun pada Dokumen Perjanjian Penerima Biaya.
- Salinan Transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : STPM / Diploma / Matrikulasi/ Ijazah / Sarjana.
- Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Kad Pesara / Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja - PENJAGA PERTAMA (1).
- Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Kad Pesara / Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja -PENJAGA KEDUA (2).
- Salinan Slip Gaji / Salinan Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Surat Pengesahan Pendapatan - PENERIMA BIAYA. (sekiranya penerima biaya masih bekerja)
- Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja - PASANGAN PENERIMA BIAYA. (sekiranya penerima biaya telah berkahwin)
- Surat Pengesahan/ Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/ Pusat Zakat sekiranya penerima bantuan bulanan dari Agensi berkenaan- PENERIMA BIAYA/ IBU BAPA KANDUNG / PENJAGA.
- Surat Pengesahan Pengalaman Kerja daripada Majikan. ( Bagi Penerima Biaya yang menggunakan pengalaman kerja sebagai salah satu syarat kelayakan masuk )
Bagi pelajar yang mengemukakan permohonan pada semester 2 dan ke atas, tambahan dokumen sokongan berikut diperlukan:
- Surat Pengesahan masih belajar dari IPT; dan
- Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya. (Setiap dokumen sokongan hendaklah difotostat dengan menggunakan kertas bersaiz A4 dan disahkan pegawai yang layak. Maklumat mengenai pegawai yang layak mengesahkan dokumen boleh didapati daripada laman web PTPTN.)
Pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Syarat Permohonan Pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
2. Berumur di antara 15 hingga 45 tahun pada tahun latihan dijalankan.
3. Berasal dari keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM 5000 sebulan.
4. Pemohon mestilah mengemukakan 2 orang penjamin.
5. Tidak mendapat bantuan kewangan daripada mana-mana agensi kerajaan yang lain.
6. Mengikuti tempoh latihan yang telah ditetapkan oleh JPK.
Senarai borang & dokumen yang perlu dilengkapkan untuk PTPK
1. Borang permohonan pinjaman (dari Kolej TAFE Seremban)
2. 2 salinan kad pengenalan pemohon (saiz 25% lebih besar dari saiz asal)
3. 2 salinan surat beranak pemohon
4. 2 salinan surat berhenti sekolah
5. 2 salinan kad pengenalan bapa (saiz 25% lebih besar dari saiz asal)
6. 2 salinan kad pengenalan ibu (saiz 25% lebih besar dari saiz asal)
7. 2 salinan kad pengenalan penjamin 1 & 2 (saiz 25% lebih besar dari saiz asal)
8. 2 salinan slip gaji terkini ibu/bapa (jika ada)
9. 2 salinan slip gaji terkini penjamin 1 & 2
10. 2 salinan muka depan akaun CIMB pemohon (saiz 25% lebih besar dari saiz asal)
PENTING
- Penjamin pertama biasanya ibu atau bapa. (berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM 700 ke atas)
- Penjamin ke-2 mestilah individu berumur 21 tahun ke atas dan kurang daripada 50 tahun serta berpendapatan RM 700 ke atas. (Ibu atau bapa yang tidak menjadi penjamin pertama pun boleh jadi penjamin kedua)
- Semua dokumen yang dinyatakan di atas perlu disahkan oleh salah seorang individu berikut:
- Pengetua sekolah menengah
- Ketua Kampung/ Penghulu
- Jaksa Pendamai/ Majistret
- Pesuruh Jaya Sumpah
- Pegawai Kerajaan kumpulan pengurusan dan professional GRED A sahaja
MIED
- Malaysian who wants to pursue tertiary education either locally or overseas.
- Courses that are accredited by Malaysian Qualification Agency (MQA) or approved by Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Priority is given to applicants studying at AIMST University or TAFE College, Seremban.
- Students are advised to apply PTPTN loan and provide details of their application to support this loan application.
- MIED will charge admin charges at the rate of 2% per annum during the duration of the course and admin charges at the rate of 6% per annum after the duration of the course until the loan is repaid.
- All MIED loan applicants must fulfill the following criteria:
- 4 credits including English and Mathematics at SPM level or Diploma Programmes
- 3 Principal D and above at STPM or equivalent level for Graduate Programmes
- Overseas loans are limited to students pursuing medicine in Asia.
- The application result and the loan amount is the sole discretion of the MIED Board.
- The payment of loan will be made to the Education Institution Treasury Office.
- All successful loan applicants are insured against personal accident and the premium is charged to the loan account.
- Attach all documents mentioned in the checklist failing which this form will be rejected.
- Documentation required for MIED Loan Application:
- Application form for MIED Education Loan
- Photocopy of NRIC (Applicant)
- Photocopy of NRIC (2 Guarantors)
- Passport size photo
- Academic Results (Certified True Copy)
- PMR
- SPM
- STPM
- Other Qualifications
- School Leaving Certificate
- Testimonial (school/ college)
- Copy of College or University Offer Letter
- Course Fee Structure from university/ college
- Photocopy of Student ID
- Photocopy of Salary Slip of 2 Guarantors
- Relevant documentation
- No Objection Certificate (NOC) – only for overseas students
- Two guarantors are needed to qualify for MIED Loans.
- Guarantors need to be below the age of 50 years old and must have a minimum salary of more than RM 1,000.00. Both guarantors should not be blacklisted by any financial institution. Along with the application form, pay slips and IC copies of the two guarantors are required.
- Only one of the guarantors can be an immediate relative of the applicant. The other guarantor must not be related to the applicant in any way.
- Loans are approved on annual basis subject to borrower’s academic achievements.
Only tuition fees will be considered for MIED Loans.
PERKESO
SYARAT PERMOHONAN
1. Pemohon hendaklah Anak Tanggungan seseorang orang berinsurans yang:-
i. Meninggal dunia kerana suatu bencana pekerjaan atau
ii. Meninggal dunia atas apa-apa sebab sebelum berusia 55 tahun dan memenuhi syarat kelayakan Pencen Penakat; atau
iii. Menerima Pencen Ilat; atau
iv. Meninggal dunia semasa menerima Pencen Ilat; atau
v. Menerima Faedah Hilangupaya Kekal secara berkala.
2. Belum berkahwin
3. Belum mencapai umur 21 tahun semasa permohonannya diterima oleh PERKESO
4. Memenuhi syarat-syarat kelulusan akademik yang ditetapkan oleh PERKESO.
5. Telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan di peringkat ijazah, diploma atau sijil.
6. Bagi pemohon yang menerima pengajian di IPTS, kolej berkenaan hendaklah telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Swasta (JPS), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kursus yang diluluskan oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA).
7. Bagi pemohon yang menerima pengajian di peringkat Sijil, tempoh pengajian kursus berkenaan hendaklah sekurang-kurangnya 1 tahun dan kursus yang diikuti hendaklah mendapat pentauliahan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), Kementerian Sumber Manusia.
8. Pengajian hendaklah keseluruhannya di dalam Malaysia dan bersifat sepenuh masa.
9. Tidak mendapat tajaan biasiswa/pinjaman atau bantuan penuh pelajaran dari agensi lain.
10.Kewangan keluarga tidak dapat menampung perbelanjaan pengajiannya.
i. Pelajar sekolah rendah atau menengah
ii. Adik-beradik orang berinsurans
iii. Pelajar peringkat sarjana/matrikulasi/pra/asasi/foundation
• Pelajar adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan IPTS dan kursus yang diikuti telah mendapat kelulusan jabatan-jabatan yang berkenaan.
• Yuran masuk dan pendaftaran
• Yuran pengajian
• Yuran peperiksaan
• Perbelanjaan lain
i. Perbelanjaan sara hidup
ii. Tambang kapal terbang
iii. Perbelanjaan buku
iv. Perbelanjaan alat perkakas
v. Perbelanjaan penyediaan tesis
vi. Perbelanjaan latihan praktikal/amali
vii. Lain-lain yang ditetapkan oleh PERKESO dari semasa ke semasa
PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN
• Peminjam hendaklah membayar balik kesemua wang pinjaman yang telah diterima daripada PERKESO apabila tamat atau meninggalkan pengajiannya secara ansuran bulanan.
• Tempoh pembayaran balik adalah antara 2 hingga 25 tahun, bergantung kepada jumlah pinjaman yang telah diluluskan. (Sila rujuk Lampiran 1).
• Bayaran pertama bagi ansuran ini hendaklah bermula pada 1 haribulan bagi bulan ketujuh (7) daripada tarikh peminjam itu menamatkan atau meninggalkan pengajiannya atau lebih awal sekiranya telah bekerja sebelum genap tempoh berkenaan.
Pembayaran balik boleh dibuat sama ada:-i- Melalui bank yang diluluskan
Bank : MAYBANK sahaja
Nama Penerima : AKAUN TABUNG PINJAMAN PENDIDIKAN
No. Akaun : 564427000324
• Bayaran boleh dibuat di mana-mana cawangan MAYBANK yang berdekatan.
• Slip bayaran MAYBANK hendaklah dilengkapkan.
• Pembayaran melalui mesin ATM / Standing Instruction / Fast-Cheque Deposit adalah tidak dibenarkan sama sekali.
ii- Menggunakan Cek / Bank Draf / Wang Pos / Kiriman Wang Pos:
• Sila bayar atas nama KETUA EKSEKUTIF PERKESO.
• Dokumen bayaran hendaklah tiada sebarang bentuk pindaan.
• Di belakang dokumen bayaran hendaklah ditulis nama, No. Kad Pengenalan peminjam dan perkataan 'Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan'.
TATACARA PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN PERKESO
Pemohon perlu mengemukakan Borang PKS (F)100 yang lengkap diisi bersama sekeping gambar berukuran pasport dan salinan dokumen-dokumen berikut perlu diperakui sah:
• Surat Beranak
• Kad Pengenalan
• Keputusan-Keputusan Peperiksaan peringkat PMR/SPM/STPM/SIJIL/ DIPLOMA
• Sijil Berhenti Sekolah
• Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
• Surat Pengesahan Pendaftaran Diri di IPT/Resit-Resit Pendaftaran
• Yuran dan Tempoh pengajian
• Surat kelulusan Kolej daripada Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) - bagi permohonan pelajar IPTS dan kelulusan kursus oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA)
• Surat pentauliahan daripada Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) - bagi permohonan pelajar peringkat sijil
• Penyata Pencen PERKESO
Borang Permohonan yang lengkap serta salinan dokumen yang disahkan hendaklah dikemukakan kepada:-
Ketua Eksekutif PERKESO
Pertubuhan Keselamatan Sosial
Menara PERKESO
281, Jalan Ampang
50538 Kuala Lumpur
(u/p : Unit Pinjaman / Biasiswa Pendidikan)
Tel : 03 4264 5334/341
Faks : 03 4264 3534
Borang pemohonan dan keterangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Unit Faedah Pendidikan atau mana-mana pejabat PERKESO berhampiran atau di muat turun daripada laman web di www.perkeso.gov.my.